Dashboard | +Follow

Bye bye 2013 :')
Monday 30 December 2013 | 06:52 | 0 comments
Assalamualaikum. Haii semua. Dah makan? Dah minum? Lapar? Dahaga? Pergi bukak peti ais cari makanan okayy. Hm, hari ni 30/12/2013. esok dah 31st. And lusa dah 1st Jan 2014. And dah kena balik sekolah. Sungguh aku tak bersedia langsung. Takpelah, tetap kutkan hati, tarik senyuman yg paling sweet and...
 'Kita Enjoyy XD'

Sebenarya, aku excited tersangat teruja nak naik sekolah. Bukanlah ape sangat. Sbb aku dah naik form 3. Hehe, besar kan? Eh, aku tak ckp aku nak naik kepala ke ape. Aku just dah naik form 3. Tak senior and tak junior. Tengah-tengah. Aku excited sbb aku dah beli beg, pencil box baru. Hee. Siapa je tak suke bila barang kita baru? Lagi-lagi part yg stationary tuhh. Haha. And tahun ni aku duduk blok J. Blok baru. Best. And aku dorm ngan iffa XD Walaupun takde member yg satu dorm, Iffa pon dah cukup. Dia kawan baik aku yg selalu suka gossip and buat aku gelak. Hihi :*

Tapi, yang mematikan segala kegembiraan dan keterujaan aku, ialah masalah yg akan aku hadapi. Aku percaya semua yg berlaku ada hikmahnya and setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Form 3 ialah permulaan segalanya bukan? Dibenci, diperli, dikutuk, dipulau. Aku kena kuat. Aku kena kuat walau ape pon. Biar apa org nak ckp kita, kita balas dengan kejayaan. Serious proud dengan Kak Afiah. Farah kate, "She's very strong. Die mang ah ade org tak suka, tapi die move on. Die pekakkan telinga die. Look, akhirnya 9A's PMR and In Sha Allah untuk yg akan akan datang, she will success. Amin" 

Dia berjaya buktikan yang dia akan berjaya. Nak berjaya, usaha. Then tawakal. Ingat Allah. Niat lillah. Obey parents and teachers. If you want to do something, just do it, right? Sekarang ni aku kesian dengan FarahAin. Dia sangat baik pon ada orang benci. Aku harap kau sabar eh Farah. Aku tau kau tak kuat. Kita tak kuat. Tapi yakin Allah bersama orang yang bersabar. Kita kena kuat. All VV kena kuat. Kak mya said,
 Jangan risau, Allah kan ada. Og dulu pun pernah rasa mcm yg Amin rasa. Tengok, last2 i am here. Jgn risau. Pujuk hati. Positive thinking ya! Dont let people take your smile. But take people by your smile. I know you're such an amazing girl. Strive hard. Just enjoy your life. Dont push it too hard. Relax Form3 always be the best year

Aku tau mesti ada yang tak puas hati ke ape. But, just move on. Allah ada. Hm, I will miss kak mya so much. Aku akan rindu sangat2. *bergenang air mata* She is just a wonderful sister. Dia selalu percayakan aku. Dia percayakan segala apa yang aku buat. Dia iyakan apa yang aku buat. Aku sayang orang yang percayakan aku. Sebab, apa yang aku buat semua bersebab. Tahun depan dia dah takde. For sure, my member mesti ramai yg melalak. Sarah will miss Kak Aten. Tinah will miss Kak Dibe. Kaman will miss Kak Una. Arifah will miss Kak Ain teah. Seri will miss Kak Zehra. Farah will miss Kak Miman. And I will miss Kak Myaaaa. Ya Allah, jagakan dia. Letter-letter kak mya jadi pengubat rindu. Rindu akan ukhuwah yang berwarna-warni nih. Aku mangg suka tengok form 5. Bak kata Kaman, dieorang ni mcm bajet-bajet Artis. But comel, baik for sure lahh. Cantik. Seriously DV mangg inspired us, VV. Kahkah.

Kak Mya. Kak Mya. Kak Mya.
Aku tak tau berape kali aku akan nangis nanti. Walaupon tak boleh putarkan masa. Aku tetap nak nangis. Nangis sebab terlalu rindu mungkin. Terlalu rindu, sebab terlalu sayang. Hanya doa je penghubung dua hati. Ah, aku sebak.

"Allah memisahkan jarak kita tapi Allah tak pernah pisahkan kasih sayang kita, Hebat bila bertemu dan berpisah kerana Allah. "

Aku tak tau lah tahun depan siapa yang kiteorg nak curi-curi tengok kat surau tu kalau bukan form 5. Aku tau Arifah mesti melalak punya. Haha, mesti macam ramai yg nak dikaunselorkan and nak diceramahkan. Hehe, but I think that I don't wat to say anything like always. I'll just lend my two cute ears and my shoulder and let them cry. Because, I want to borrow theirs sometimes. Hmm, 2013 dah nak pergi. How I miss all thememories of 2013. Rindu dorm H6. Adik adik dorm. Dormate lagihh. Kak Nina for sure. And rindu nak tazkirah kat dorm ngn adik adikku. heheee. Najuu Zuuzuu and arifah yg selalu buat drama. Arifah and yasmindiyanah yg mcm takde katil tisur kat lantaii. Kak Nina yg menjadi peneman katil sebelah. I will miss them. Setiap mlm latelyy tuh, selalu keluar dorm, pergi lepak ngn aifa and tinah. Kadang arifah join. Library aras satuu. Hmm, struggle gila gila for final exam kat situ. Kengkadang ayuu jadi penghibur. Mase last week sekolah tu, Aifa buat parodi ngn aku. Lawak XD Rinduu :(



2014 dah nak tiba. Aku nak jadi orang baru. Kehkeh. Tak taulah jadi ape. Tengok jelah nanti. Aku tanak usik soal hati tahun ni. Tapi aku tanak jadi heartless. Aku nak jaga hati orang. Tak kisahlah banyak hati pon, senangkan hati org dapat pahala bukan? Hee. Biarlah hati sendiri tak terjaga. Berlapang dada dengan kegembiraan sahabat. Hm. Aku nak protect kawan kawan aku. Ececeh, acemm dah besar je.

Okay, Amin. Sila jadi rajin tahun ni. Tak kisahlah apa nama periksa aku tahun ni, tapi ni exam besar. Hmm, kalau tak usaha dari sekarang, mana nak dapat. Aku juga akan rindu Kak Nurin, Kak Myramir, Kak Aten, Kak Anis, Kak Nonieyy. Mereka pernah datang dlm hidup aku. Dan aku sayang mereka. Fihifzillah.



Ni macam entry aku yg terpanjang jee. Entahlah perasaan maybe. But ni first time aku ghajinnn berceghitaaa. Hm, Aku tahu mungkin tahun 2014 ni, aku akan berubah ke. But aku harap jgn tengok perubahan luaran aku. Tolong selami dalaman. Jangan buruk sangka. Tak kenal, tak cinta woo.



Lastly, I nak dedicate lagu ni kat akak I yg kat sana tuh.
Kak Ameera Farahin, moga sentiasa di bawah jagaan Allah :)

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu sayangku
Ku adalah milikmu yang kau rindu
Doa doakanlah diriku
Di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari harimu
Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu..
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh jangan janganlah kau bersedihkan hatimu kekasih
Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu

Fatehah.
Wednesday 18 December 2013 | 21:48 | 0 comments
"Saat kau jatuh ada tangan yang menghulur"

Mata yang berair memandang kipas yang berpusing.
Penat. Tapi tak boleh tidur. 
Dada berombak. Kepala berat semacam. Satu satu masalah melayar di ruangan minda.
Hati-hati kecil berbisik. Menyakitkan telinga. 
Terasa macam aku insan yang tak berguna didunia ni.. 

Lekas tangan mencapai handphone.
Text msg ke sahabat dunia akhirat.

"Feyy, aku stress" Send.
Entah. Bukan tanak ckp ape ape. Tapi tu je mampu diberitahu.
Sbb, tak de siapa boleh faham hati ni.

"Kenape weh? Aku on Fb. kau cite ok ?"

Aku tak larat nak bukak komp.
So , hanya dari phone aku cerita. Tapi aku tak ceritakan masalah aku. Aku hanya luah ape yg aku rasa. 

Dan ini , yg aku mampu luah. 20% je. Lg 80% masih dipendam.

"Takde pape yg nk diceritakan. Aku cuma perlukan seseorg utk aku luah. aku rasa mlm ni mcm aku sakit sgt. Berat sgt kat kepala. sesak sgt kat dada. air mata aku keluar perlahan sbb sakit sgt. aku rase tertekan dgn life ni. aku rasa aku gagal. Gagal jd hamba DIA. gagal jadi anak yg baik. Gagal jd kakak dan adik yg baik. Gagal jd kawan yg baik. Gagal jd insan yg baik dlm life ni.. Baru mlm ni aku rasa.Aku ada masalah. Yg takde sape tahu. Dan takde sape boleh faham. Aku tak harapkan kau faham. Aku cuma nk luah. Sbb aku tertekan. Aku tertekan sgt. Sakit. Aku mcm penat. Aku tak harap kau faham. Sbb takde sape boleh faham aku. Termasuk parents aku pon. Aku cuma nak luah. Thanks. Aku nak tidur. Tapi tak boleh. Tapi aku penat. Aku tak pernah rasa mcm ni. Dulu kalau aku sedeh, mulut aku cepat ucap Allah. Tp mlm ni. Aku tak. Aku tak. Doakan aku dapat tidur mlm ni. Lepas kau baca. Lupakan je. Tu je yg aku mintak. Assalamualaikum."

Beberape minit je , die balas.

"Doa aku, selalu ada untuk kau. Untuk Allah pinjamkan kekutanNya pada kau, selamat malam. Waalaikumussalam.Em tidur lah, esok pagi baru kau bukak IM aku ni. Ingat!! Esok pagi. Dalam 2 minit lagi, aku akan mula menaip. Sila off skrg, dan tenangkan fikiran."


Terus lelap mata.

Esok , bukak fb. ade IM dari dia. Lepas baca terus senyum. Bukannya masalah dah selesai. Tapi ada sedikit kekuatan yang disalurkan. Syukur dan untung punya sahabat. Besar hikmah dan nikmat berukhuwah. "Saat kau jatuh ada tangan yg menghulur. Itulah namanya sahabat :)"

"Memang sampai satu tahap, Allah uji iman kau, sedalam dalamnya. Kembali pada Dia. Jgn putus asa Min. Jangan cepat futur. Sbb time2 mcm ni lah, syaitan cuba nak goda kau, syaitan berusaha untuk terus buat kau jatuh teruk. Yasmin, cari balik kekuatan dalam diri kau. Knee down and keep pray. Sujudlah padaNya saat tiada lg yg dapat faham isi hati tu. Kau antara makhluk yg paling Dia sayang, sbb tu Dia pilih kau untuk diuji. Tak kan kau nak give up? Tak kan awal2 nak surrender? Em cuba sahut cabaran, sahut seruan. Allah rindu rintihan kau untuk minta pinjamkan kekuatanNya. Kau kuat sebenarnya. Cuma kena yakin. Aku tahu, yang kdg2 kau rasa mcm seolah2 tiada siapa faham isi hati kau tu, rasa mcm nak hentak je sorang2 kan? Aku pun pernah rasa Min. Aku tk reti lgi mcm mana nak salurkan kekuatan pada kau. Tp, doa aku selalu mengiringi kau. Moga sentiasa kuat dengan kekuatanNya. Ingat, jalan dakwah dan tarbiyah bukan jalan yang lurus, bukan jalan yang disangka mudah. Tp, percayalah akibat kesabaran yg menggunung, pasti ada kemanisan di pengakhiran jalan. Selamat berjuang. Salam ukhuwah. Assalammualaikum."



Waalaikumussalam , sahabat.. Moga terus bersemangat.
Enough.
Friday 15 November 2013 | 02:04 | 0 comments
Berhenti.
Tolong berhenti memberi harapan.
Harapan yang kau sendiri tak pasti.

Kau tiupkan semangat dalam diri.
Kau bangunkan jasad yg hampir mati.
Kau kata itu dan ini.
Demi Allah , aku hargai.

Tapi, cukuplah.
Berhenti.
Kau tau tak perit yg aku alami?
Kau tinggalkan aku. Kau biarkan aku ..
Macam tu je..

Kau tau tak siang malam aku fikir.
Mcm mane nak selesaikan masalah sendiri.
Memang payah nak berubah.
Kau sendiri cakap kan?

Tapi.. kau tak rasa. Mereka tak rasa.
Apa yang dialaami.
Sudah-sudahlah membenci.
Kau amanat Allah.
Kau diberi tanggungjawab.
Kau pegang nama besar.
Tapi kenape kau mcm ni.

Jangan butakan hati sendiri.
Cuba kau tengok dekat-dekat.
Cuba kau cari punca kenape aku mcm ni.
Cubalah berlaku adil !
Tak boleh ke?

Aku tau aku tak baik.
Aku tau aku jahat.
Aku tau aku tak boleh ikut semua nasihat kau.
Aku tau aku tak sempurna.

Semua org pandai ckp 'Nobody is perfect'
Tapi tak ramai boleh pertahankan 'They are not perfect!'
Tak ramai yg faham.

Jangan ego.
 Jangan pentingkan diri sendiri.
Jangan. Jangan..

Jangan cari kesalahan orang lain.
Hanya sbb ingin buktikan yg mereka tu jahat..

Aku kagum dgn kau.
Ramai kagum dgn kau.
Tapi itu luaran.

Jangan paksa. Jangan memaksa.
Lembut sedikit boleh tak?

Kau rasa kau tertekan dgn amanat yg diberi?
Kau rasa kami menyusahkan?
Depends on cara kau ..

Aku penat.
Aku tak tahan.
Aku tau aku sape je.
Nak nilai mana baik mana buruk.
Lainlah kau.

Aku tau kau tak suka aku.
Tapi boleh tak kau berlakon sikit.
Untuk senangkan hati aku.

Kau terlampau mengharapkan kesempurnaan.
Kau tak bersabar dalam mengajak mereka berubah
Kadang utk berubah tu ambil masa yg lama.
Bukan sekali kau petik , ulat bertukar ke rama-rama.
Ada stage dia. Cuma, sabarlah.

Kawal emosi.
Kalau amarah diri sendiri pon tak boleh kawal.
Jangan bermimpi untuk kawal orang lain.

Maafkan aku.
Aku dah lama pendam.
Atas dasa hormat aku simpan,


Hanya Allah bersifat kekal.
Thursday 26 September 2013 | 21:59 | 0 comments
Bintang akan terus berkelipan jika Allah izinkan

Aku setuju , Manusia datang dan pergi.
Aku faham .. Manusia datang dengan izin-Nya dan pergi dgn kehendak-Nya.
Aku akui...Manusia berubah-ubah hatinya...
Aku tahu .. Manusia tak kekal selamanya..

Ya Allah , sungguh hebat .. Pabila Kau ambil org yg aku sayang . Walaupun bukan Kau ambil dari dunia ini, cuma Kau ambil dari dunia aku. Dunia kecilku..

Tapi , kenape harus dia ya Allah ?

Bila aku jatuh , dia yang sentiasa sokong aku.
Bila aku salah , dia yang tegur aku.
Bila aku rasa aku jauh dgn Allah , dia yang ingatkan aku..
Bila kawan baik aku tikam belakang aku , kau masih tegak berdiri di sebelah aku.

kau buat aku rasa ukhuwah yg ada bertuhankan Ar-Rahman, berlandaskan Al-Quran dan berpaksikan iman. kau buat aku rasa ukhuwah itu manis.. Semangat aku . Perubahan aku . kau kurniaan terhebat !

Gugurnya air mata aku . Hilangnya diri kau . Kau seperti tidak wujud. Demi Allah , perubahan kau ternyata lebih sakit daripada ditikam kawan sendiri. Aku tahu Allah pegang hati manusia.

Setiap hari aku titiskan air mata. Aku harap esok , kau akan kembali mcm biase. gelak sama-sama.. 
Tapi sayang , kata-kata  kau " Biarjelah mcm ni. dah nk akhir tahun. Tinggal berape bulan je. Og just nak korg berubah. Biar je mm niii.."

Kau mintak mcm ni...
Jangan , jangan mcm ni. jangan tinggalkan kami. Jangan tinggalakna aku.

Ya Allah , kalau dulu kau amek sunshine dr aku , aku pasrah. Bile Kau jauhkan hati aku dgn rainbow aku terpaksa tahan sakitnya. Tapi bila kau mule jauhkan aku dgn bintang .. Aku harus belajar redha . terima . dan yakin.. Yang Kau punye sesuatu yang lebih baik.

Oh , jadi inilah kehilangan yg aku pernah rasa dulu. Teringat aku menangis dkt kak aiman.. aku cak aku rase kehilangan. Bila ditanya , sape yg hilang .. Aku tak tahu .. Tapi kini . Aku tahu.. Sape yg hilang ...

Someone bg aku ni ..

"nanti, Allah akan ganti ‘saya’, dengan sesuatu yang lebih lebih baik. mungkin bukan seseorang jugak. mungkin Allah bagi nikmat lain. rasa aman. rasa tenang. rasa damai. mungkin Allah bagi pengalaman. rasa syukur. rasa sabar. mana boleh Allah ambik ‘saya’, tanpa beri awak apa-apa. Nanti, Allah beri ganti, yang lebih baik. percaya."

Aku bukan seseorang yg baik. Tapi , aku nak kau tahu, aku tak pernah putus asa. Setiap hari aku belajar dr kesilapan aku. Aku belajar dr masa lalu aku. Setiap hari aku belajar untuk menjadi insan yg lebih baik. Aku tak pernah berhenti.. 
Futur, pergi jauh..
Friday 13 September 2013 | 20:11 | 0 comments
Air mata yang keluar susah nak berhenti. Dada yang sakit sukar diubati. Jatuh tersembam menyembah bumi. Harus aku akui. Iman sifatnya yazid wa yanqus. Yazid berasal drpd perkataan zada bermaksud tambah. Yanqus berasalah drpd perkataan naqasa bermaksud berkurang. Iman itu sifatnya bertambah dan berkurang, naik dan turun. Aku lemah . AKu jatuh. Kesekian kalinya aku jatuh.

Teringat masa bulan ramadhan. Amalan-amalan yg aku buat. Setiap hari aku berzikir . Dating dgn Al-quran bile free. Bile nak mengumpat , terus teringat dosa. Rasa dekat dgn Al-quran. Dekat dgn Ar-Rahman. Dekat dgn surau. Dekat dgn Rasulullah. Tapi ... bile perginya bulan ramadhan.. aku kembali pada fitrah . Kembali pada jahiliiyaah. Dakwah terberhenti. Sibuk buat benda-benda lagha.

Aku futur. Aku futur.
Aku give up bile aku takde sokongan. Aku lalai bile takde tazkirah. Aku lambatkan bertaubat sedangkan aku tau mati itu dekat. Teringat time dulu , sampai je surau capai Al-quran. Bile kawan bising siket , aku dah marah. Time nak solat , aku yg selalu rampas saff kat depan depan. Kat dorm , setiap mlm tak pernah miss halaqah. Dlm halaqah , aku selitkan tazkirah . Aku selitkan peringatan .. Bile kawan down .. aku naikkan semangat dieorg. Bile aku terasa lemah , aku tak mudah mengalirkan air mata. Hati aku cekal. Aku tabahkan hati aku. Untuk tunjukkan kat sahabat-ii, yg aku punya Allah. " Setiap kesusahan diselitkan kemudahan"

Tapi sekarang . Aku jahat. Aku kotor . Aku keji. Aku munafik. Aku berubah. Semakin jauh dengan Allah,.. Mungkin manusa lihat aku biasa. Tetapi hanya Allah sahaja yg tahu betapa jatuhnya dalaman aku. Jatuh sudah benteng keimanan yg selama ni aku bina.

Aku tahu .. perkeliling aku tak kuat. Bile aku jatuh ,, kawan kawan aku tak bawa aku balik ke jalan dakwah. Tapi aku tak salahkan mereka. Sbb aku tau, Allah pilih aku. Aku pilihan DIA untuk bawak kawan aku dekat dgn DIA. Tapi... sekarang aku semakin keliru. Mencari diri aku yg hilang.

Ujian demi ujian menimpa.Teringat kata-kata ustzah zaleha. Allah uji dgn banyak perkara .. Tapi yg paling hebat bile Allah uji tentang iman. Hanya mukmin yg kuat dapat menaikkan semula iman mereka. Tapi ada juga hamba-Nya yg jatuh dan terus terpesong. Hidayah itu milik Allah. Hidayah itu urusan Allah. Kita, kene mohon hidayah-Nya.

"Pendosa. Semua kita adalah pendosa. Dan sebaik baik pendosa adalah yang bersegera taubat-Nya"-Hilal Asyraf.

Aku ? Yang mcm mane? Sungguh Ya Allah. Ampun kan aku. Aku jauh. Aku futur. Ampunkan aku. Hati...mohon kuat, tabah.. Mohon.
Ujian itu tarbiyyah dari Allah
Monday 5 August 2013 | 09:04 | 0 comments
Baru habis baca Al-Mulk.
Hmm, duduk atas kerusi. On lappy.
'Hmm , update jap ah sebelum tidur'

"Naurahh , tolong amekkan akak tisu"
"Akak ni , nawah tengah sibuk nii. Akk an ade kaki . tak boleh ...." ayat tergantung cemtu je. Terus dia lari amek kan aku tisu. Aku tersenyum. Actually luka kat kaki aku berdarah semula. Hmm , sakit. Tu je yg boleh aku ckp. sakit. Takpe , sabar. Siikit je tuh . tetibe terimbau balik the moment aku jatuh kat sekolah.
Mase tu tngah kem Ramadhan VS Al-Quran. Pukul 6.30 ptg lebeh cemtu ar. Die kasik berape minit je untuk siap then turun dewan makan nak berbuka.

Mangg ramai ah berlari-lari time tuh. Aku actually kalau bab berjalan ke berlari mmg susah la nak jatuh. Tapi hari tuh , dengan kehendak Allah, gedebuk. Aku tak sangka aku jatuh. Ahhhh . Bangun balik. Pretend like i'm okay.

Sampai je kat dorm . Memang mule-mule gelak time adek dorm tlg bersihkan luke, lama-lama saket pulak. Gelak boleh jadi nangis. Hmm . Hanya Tuhan je lah tau sakit tu cemne. Dah la aku mcm alone tau haritu. Hmm, bintang takde. Roommate paling rapat, Arifah un balik. Mangg sorg-ii jelah aku buat semue tuh.

Petang tu aku turun lambat kott.Rasa mcm nak nangis je jalan tuh. Rase alone tersangat. Mase tu baru ingat kat Allah. 'Takpe lah, redha je. sikiet je' Yeke? dlm hati sumpah tak redhaaaaaaaaa. Ya Allah, jahilnya aku. Kata kuat, kata tabah, kata sabar. Siket je Kau kasik . Aku dah rebah ?

Sampai je DM . Duduk depan kaman. "Min kau okay tak?" Hambek kauu . Menangis. semue aku luah kat die. "Min, siket je . Sabarlah."" KAU TAK RASA!" "Sebab Allah tak pilih aku. Dia  pilih kau. Beruntung org yg diuji.Itu tanda Allah sayang kat dia." Ya Allah. Sumpah terpukul. Allah sayang aku. Allah sayang aku. Tapi aku? Rebah bila diuji . Cepat mengalah . Mudah futur . Ya Rabb . Ampunkan aku. Jadikanlah aku hambaMu yg bersabar apabila diuji. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala sesuatu.

"Kak , nah tisu ." "Thanks " Aku cubit pipi Naurah..

"Ujian itu tarbiyyah dari Allah.Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai yg tertarik pada-Nya.Tetapi hakikatnya perjuangan bukan mcm tuh.Turun naik, sakit pedihnya umpama kemanisan yg tak terhingga.Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janji-Nya "



Salah siapa ?
Saturday 3 August 2013 | 08:41 | 0 comments



“Arghhh ..
Saketnya hati !. Banyak kot musibah bulan ni.. !Masalah dgn kawan. !Tensyen dgn PBs .! Tangan melecur terkena alat pemateri! Jam patah! “
Duduk. Sepak batu. Arggghhhhhhhhhhhhhhhh *kesat air mata*
Asal? Asal semua jadik kat aku !!!

Balik dorm. Muka tensyen habesss.Arifah tengah baring atas lantai dorm. Mmg hobi die kott.
“Eh , min. Kau dah kenape? Putus cinta eh ?”
Aku jelling die.
“Ok ok . Kenape kawan aku nih ? Cube lah  citer//”
“Aku tensyen lah. Hari ni hari malang untuk aku” kesat air mata. Kasar.
Arifah just senyum and biarkan aku sambung cite aku..
“Dengar lah ni, dah la aku gaduh dgn _____. Pastu dengan ego die lagi nak layan.PBS menyusahkan !! And the kau tau tak , Sarah pateri bende KH tu kene tgn aku. Saket. Melecur!!!!! . Mase naik dorm tadi,  besi jam aku tetibe hilang. Camne nak pakai? Dah la jam tu hurriyaah kasik !” air mata mengalir deras..

“Sabar lah min. Everything happened for a reasons”
“Kau taka da kat tempat aku!!”
“ Nak dengar something tak?”
“Apa?”bentak aku
“Lek dulu, Kau tu panaas baran. Takde gune kalau aku ckp dgn org yg tengah marah.. Lepak dulu .. lepak “
Breath in , breath out. “k . cakap ah”
“Jangan pernah salahkan hanya satu hari jika kita bernasib malang. Cube piker balek , hari-ii sebelum ni, pernah kau bersyukur bila kau senang? Just because satu hari , kau susah sikit, sikit je .. jangan lupe kat DIA”
“Hmm . “ naik katil tidur. ‘Jahil gile aku. Bila aku minta Allah beri , aku leka. Bila Aku lalai, Allah tarik , aku merana. Salah siapa ? tanya balik diri , salah siapa?


Older Post
Disclaimer

Assalamualaikum . Don't rush anything . When the time is right , it will happen .
Playing



Without You by 2PM